Tuesday, April 13, 2010

Saya bangga menjadi warga Singapura kerana Singapura telah banyak berubah. Ia juga adalah antara negeri yang terselamat dibandingkan dengan negara-negara lain. Keadaan di Singapura juga berbeza. Jika dibandingkan dengan negara jiran iatu Malaysia, Malaysia merupakan sebuah negeri yang kotor dan tidak terjaga. Bangunan-bangunan di sana semua seperti tidak terurus dan terdapat sampah di jalan-jalan raya.

Singapura juga mementingkan pelajaran. Sekarang, banyak pelajar dari luar negara yang datang ke Singapura hanya untuk berlajar. Ini kerana, Singapura mempunyai sistem pendidikan yang terbaik di Asia. Dengan datangnya pendatang dari luar negara, ekonomi Singapura akan meningkat.

Tuesday, February 23, 2010

Refleski tentang SA2

Kali ini, keputusan akhir tahun saya tidak begitu memuaskan kerana saya telah gagal sains dan DnT. Walaupun keputusan CA2 lebih baik kerana saya hanya gagal satu subjek sahaja, SA2 lebih penting untuk memastikan bahawa kita boleh ke menengah empat. Saya sedar bahawa saya tidak belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan ini. Saya sangkakan bahawa saya boleh mendapatkan markah yang baik tetapi saya silap. Saya tidak mengambil berat tentang subjek yang lemah dan hanya mementingkan subjek-subjek yang penting. Sepatutnya, saya harus memastikan bahawa saya membahgikan masa saya kepada subjek-subjek yang tertentu. Dengan ini, kesemua subjek dibahagikan dengan teratur. Kesilapan yang kedua adalah saya tidak meminta tolong ibu bapa untuk mengajar saya. Saya cuba untuk memahami apa yang dipelajari tetapi gagal. Saya juga senang berputus asa apabila sesuatu subjek itu susah untuk difahami ataupun membosankan. Pada pendapat saya, tiada gunanya belajar subjek yang susah untuk difahami kerana walaupun kita cuba, kita tidak akan memahaminya. Sebernanya, kita harus yakin bahawa kita boleh berjaya. Sekarang saya sudah sedar akan kesilapan saya dan harap-harap bahawa saya tidak akan mengulangi kesilapan ini lagi.

Hari Kebangsaan

Pada Hari Kebangsaan yang baru lepas, saya telah menyaksikan smbutan itu melalui televisyen. Walaupun saya tidak berada di sana, saya dapat merasakan semangat warga-warga Singapura yang lain. Ramai orang telah ke sana untuk meraihkan hari jadi Singapura yang ke 44. Apabila malam menjelang, bunga api yang berwarna-warni menerangi langit gelap. Orang ramai menjadi ghairah dan ini menghangatkan lagi sambutan pada hari itu. Sambutan ini juga telah menyedarkan saya tentang keharmunian kaum.

Tanpa harmoni, sambutan ini tidak akan terjadi.
Sebagai warga Singapura, saya berasa bangga akan perkembangan Singapura selama 44 tahun ini. Walaupun ia negara yang kecil, ia juga seperti negeri-negeri yang lain. Ia dapat mengatasi masalah-masalah yang dialami tanpa pertolongan negeri lain. Ini adalah satu pencapaian yang bagus memandangkan saiz Singapura.
Saya akan memastikan bahawa Singapura terus maju dan juga warga-warga Singapura yang lain. Mereka telah berkerja keras untuk memastikan bahawa Singapura terus maju. Tanpa mereka, tidak mungkin Singapura dapat mencapai sehingga ke tahap ini.

Refleksi Peperiksaan Pertengahan Tahun

Peperiksaan baru sahaja habis beberapa hari yang lalu. Akhirnya, kami mendapat keputusannya dan ia agak mengecewakan. Keputusan yang diperolehi tidaklah begitu bagus dan ia dibawah jangkaan saya.

Pada malam sebelum peperiksaan, saya telah mengulangkaji buat kali terakhir. Ini untuk memastikan bahawa saya sudah cukup bersedia untuk kertas seterusnya. Tetapi pada hari peperiksaan, saya menjadi gementar dan tidak dapat fikir dengan betul. Sekarang saya sedar bahawa saya harus bersiap sedia lebih awal dan bukan pada malam sebelum peperiksaan.

Saya juga akan bekerja dengan lebih keras lagi supaya saya dapat memperolehi markah yang lebih bagus. Saya tidak mahu mengecewakan ibu bapa saya yang telah bekerja keras untuk membiayai yuran sekolah dan juga mencari duit untuk buku sekolah saya.

Pertahanan Mutlak

Mengapa Singapura memerlukan pertahanan mutlak?

Singapura sebagai negara yang kecil, tidak boleh mengharapkan negara lain untuk sentiasa memelindungi kita. Sebab itu, kita memainkan peranan penting dalam kelima-lima aspek pertahanan mutlak iatu sivik, ekonomik, sosial, tentera dan psikologi. Kita sebagai rakyat Singapura harus memastikan bahawa negara kita yang kecil ini akan sentiasa aman dan tidak mudah dijajahi musuh.

Walaupun kita tidak mampu untuk memiliki tentera-tentera yang besar seperti negara lain, kita masih tetap boleh mempertahankan negara kita. Pertahanan tentera memastikan bahawa musuh-musuh tidak mudah untuk menyerang Singapura.

Aspek-aspek yang lain juga penting. Pelbagai cabaran yang dihadapi dapat diatasi kerana semua rakyat faham akan erti pertahanan mutlak. Kita akan sentiasa berwaspada dan juga bersiap-sedia jikalau ada sesuatu yang berlaku. Dengan cara ini, negara kita akan aman dan damai.

Remaja dan jenayah

Semakin banyak jenayah yang berlaku di Singapura. Remaja juga sudah dinasihatkan agar tidak melibatkan diri dalam jenayah-jenayah tersebut.

Pada Isnin lalu, Encik Zulkarnain telah mengadakan sebuah ceramah mengenai jenayah-jenayah yang berlaku di Singapura. Kebanyakan jenayah ini melibatkan remaja-remaja. Remaja-remaja ini tidak memikirkan tentang masa hadapan mereka. Mereka hanya melakukan untuk suka-suka tetapi mereka tidak memikirkan akan akibatnya. Misalnya, mereka akan mempunyai rekod yang buruk jikalau mereka memasuki jel. Ini akan menyebabkan mereka sukar untuk mendapat perkerjaan.

Ada juga remaja yang melakukan jenayah pada umur 16 tahun. Mereka tidak dapat memasuki politeknik ataupun maktab rendah yang mereka mahu kerana sekolah-sekolah tersebut tidak boleh mempercayai mereka. Kawan-kawan bekas banduan itu juga akan menjauhkan diri daripadanya.

Pada pendapat saya, remaja-remaja ini harus memikir dua kali sebelum melakukan sesuatu. Mereka tidak akan dihormati orang lain disebabkan perbuataan-perbuataan yang pernah dilakukan. Mereka juga harus tahu tentang bahayanya jenayah tersebut.

Azam

Azam saya pada tahun ini adalah untuk mendapat markah yang cemerlang untuk pelajaran. Pada pendapat saya, ia bukan sukar untuk diubah jikalau saya rajin belajar. Misalnya, saya boleh meluangkan masa lapang saya untuk belajar mata pelajaran saya yang lemah.

Tentu ada beberapa sebab mengapa saya ingin mendapat markah yang cemerlang. Pertama, saya ingin membuat ibu bapa saya bangga. Walaupun saya di dalam kelas yang tidak sebeberapa bagus, saya tetap boleh berjaya dan mendapat markah bagus. Saya juga harus lebih berusaha dan lebih berdisiplin.

Kedua, saya ingin menjadi seorang yang lebih baik. Pada pendapat saya, saya harus berubah perangai saya ini untuk mencapai azam saya. Saya mahu menjadi anak yang baik kepada kedua ibu bapa saya. Saya sedar bahawa mereka telah membesarkan saya dan saya ingin membalas jasa budi mereka terhadap saya.

Bersikap positif juga akan banyak membantu dalam mencapai azam saya. Dengan sikap postif, saya dapat menenangkan minda dan juga menumpukan perhatian terhadap mata pelajaran saya yang lemah. Bahasa Inggeris, Melayu, Matematik dan Sains adalah mata pelajaran yang perlu saya meluangkan lebih masa belajar. Ini merupakan mata pelajaran yang penting bagi saya.

Akhirnya, saya ingin membuktikan kepada semua orang bahawa saya juga boleh berjaya. Walaupun ada yang lebih pandai dari saya, saya mahu menjadi seperti mereka.
Tajuk: Gambarkan suasana yang kamu lihat di sebuah pusat makanan yang kamu suka kunjungi di negara ini. Selain itu, ceritakan juga tentang perasaan dan pengalaman kamu semasa berada di sana.

Setiap kali aku melalui tempat itu, bau makanan-makanan pasti akan 'menarikku'. Walaupun selalu dipenuhi orang, kami sekeluarga selalu mendapat tempat duduk. Pertama kali aku ke sana, aku menyangkakan bahawa makanan-makanan yang tersedia tidak sedap. Tetapi makanan-makanan yang dihidangkan merubah sangkaanku terhadap tempat itu. Malah tempat makan yang terletak di simpang bedok telah menjadi sebuah pusat makanan yang kami sekeluarga suka mengunjung.

Terdapat pelbagai jenis makanan yang dijual. Aku berasa gembira kerana kami boleh mencuba lain-lain makanan. Setibanya di sana, kami mendapati bahawa tempat itu tidak berhawa dingin tetapi kipas-kipas yang terdapat di situ membuat kami berasa dingin.

Makanan-makanan yang dihidangkan juga sedap-sedap belaka. Pada waktu itu, kami pergi semasa waktu malam dan tempatnya pula gelap. Kami menjamu selera di bawah sinaran bintang. Kami berasa sungguh nyaman.Layanan yang diberikan juga sungguh bagus. Makanan dihantar dengan segera. Mereka dapat menyediakan makanan kami dalam masa yang singkat.