Azam saya pada tahun ini adalah untuk mendapat markah yang cemerlang untuk pelajaran. Pada pendapat saya, ia bukan sukar untuk diubah jikalau saya rajin belajar. Misalnya, saya boleh meluangkan masa lapang saya untuk belajar mata pelajaran saya yang lemah.
Tentu ada beberapa sebab mengapa saya ingin mendapat markah yang cemerlang. Pertama, saya ingin membuat ibu bapa saya bangga. Walaupun saya di dalam kelas yang tidak sebeberapa bagus, saya tetap boleh berjaya dan mendapat markah bagus. Saya juga harus lebih berusaha dan lebih berdisiplin.
Kedua, saya ingin menjadi seorang yang lebih baik. Pada pendapat saya, saya harus berubah perangai saya ini untuk mencapai azam saya. Saya mahu menjadi anak yang baik kepada kedua ibu bapa saya. Saya sedar bahawa mereka telah membesarkan saya dan saya ingin membalas jasa budi mereka terhadap saya.
Bersikap positif juga akan banyak membantu dalam mencapai azam saya. Dengan sikap postif, saya dapat menenangkan minda dan juga menumpukan perhatian terhadap mata pelajaran saya yang lemah. Bahasa Inggeris, Melayu, Matematik dan Sains adalah mata pelajaran yang perlu saya meluangkan lebih masa belajar. Ini merupakan mata pelajaran yang penting bagi saya.
Akhirnya, saya ingin membuktikan kepada semua orang bahawa saya juga boleh berjaya. Walaupun ada yang lebih pandai dari saya, saya mahu menjadi seperti mereka.
Tuesday, February 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment